Jabatan Imigresen (JIM) berjaya menumpaskan satu sindiket pemalsuan dokumen dan cop palsu pada 5 dan 6 Sept lepas yang didalangi warga Pakistan dan bergiat aktif di sekitar Lembah Klang sejak awal tahun ini
Modus operandi sindiket adalah menawarkan perkhidmatan penyediaan dokumen kepada warga asing dari negara sumber yang tiada dokumen perjalanan ke negara ini serta telah tamat tempoh melalui media sosial - Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh