Like this:

Kadar Upah P-Hailing Dah Naik Ke?

Pada 22 Julai 2023, PMX (Anwar Ibrahim) ada membuat satu perjumpaan santai dengan rakan-rakan penghantar p-Hailing. Dalam perjumpaan itu Anwar Ibrahim ada mengatakan yang beliau akan membuat satu perjumpaan rasmi dengan semua syarikat pengendali p-Hailing di Putrajaya.

Dan pada 8 Ogos 2023, ada satu perjumpaan rasmi yang dibuat di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya melibatkan 22 buah syarikat pengendali penghantaran p-Hailing.

Namun, sehingga ke hari ini eHailingFM tidak mendapat apa-apa pengesahan mahu pun berita mengenai satu kajian atau penetapan kadar upah untuk perkhidmatan p-Hailing dari mana-mana syarikat pengendali p-Hailing. Adakah eHailingFM terlepas pandang atau tidak dimaklumkan? Rasanya tidak.

Sebab sehingga ke hari ini isu upah penghantaran p-Hailing ini masih ditakut lama. Tiada perubahan dan tiada kemaskinian. Kekal.

Adakah semua perbincangan pada perjumpaan dengan PMX Anwar Ibrahim hari itu sekadar kata-kata lunak atau hanya cuma untuk memberikan bayangan kosong sahaja. Kenapa tiada ketetapan ataupun satu resolusi dibuat? Apakah syarikat pengendali p-Hailing ini berada lagi atas dari kuasa yang ada?

Atau semua ini hanya akan digunakan pada masa dah dekat nak PRU16 nanti? Entahlah.

Apa komen saudara/saudari.

Admin
www.ehaling.fm

EHO jumpa PMX

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading