Berderet pertanyaan yang saya terima daripada kalangan pemandu ehailing termasuk juga pengguna berkenaan dengan sistem bid tambang ehailing.
Berpunca daripada kenyataan YB Anthony Loke Siew Fook yang mengarahkan Agensi Pengangkutan Awam Darat : APAD melihat semula sistem bid yang diamalkan oleh beberapa syarikat ehailing ketika ini.
Sebelum itu undang-undang ehailing yang tergaris di dalamnya syarat-syarat yang wajib dipatuhi oleh pemandu ehailing dan juga syarikat ehailing telah dikuatkuasakan di bawah pentadbiran YB Anthony Loke pada 12.10.2019.
Syarikat ehailing diwajibkan memenuhi beberapa syarat sebelum diberikan Lesen Pengantara Pengangkutan LPP. Semua syarikat yang ketika ini mengamalkan sistem bid adalah syarikat yang memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Apad termasuk kaedah pengiraan tambang.
Berbalik kepada sistem bid ini saya merasakan langkah untuk melihat atau mengkaji semula sistem ini sebagai membuang masa. Ini kerana sistem ini telah beroperasi lebih kurang 5 tahun, dan sepanjang tempoh 5 tahun tersebut sistem ini hampir tiada bantahan malahan sambutan pengguna semakin meningkat dari sehari ke sehari.
Selain itu dengan hanya sebuah sahaja syarikat ehailing yang mengamalkan sistem bid pada awalnya kini telah mula diikuti oleh beberapa syarikat dan yang terbaru adalah applikasi ehailing tempatan iaitu TEKSI yang turut menggunakan kaedah bid dalam operasinya.
Dakwaan yang mengatakan pengguna ditindas apabila kaedah bid ini dilakukan adalah satu dakwaan yang amat salah kerana sistem bid memberi ruang sepenuhnya kepada pengguna untuk memilih kadar tambang yang mampu mereka bayar.
Berbanding kadar tambang kaku atau tetap sebahagian besar pengguna telah beralih kepada syarikat yang menggunakan kedah bid sebagai pilihan jadi mana mungkin sistem bid ini menindas pengguna.
Sebagai satu bukti nyata ialah applikasi ehailing jenama Teksi yang berkolaborasi dengan Maxis mendapat tempahan yang mendadak hari ini sepertimana siaran video Ehailing.fm pagi tadi melalui link
https://www.facebook.com/share/v/4qwFsFMRqL4xAg4Z/?mibextid=oFDknk
Oleh itu jika sekalipun Apad ingin mengkaji sistem bid ini saya percaya mereka akan melihat kepada kehendak pengguna yang kebih memilih menggunakan sistem bid.
Sementara itu jika kerajaan berhasrat untuk mengawal tambang ehailing saya mencadangkan diwujudkan dua kaedah tambang iaitu tambang siling untuk mengawal kenaikkan dan tambang lantai untuk mwngawal tambang dari terus jatuh.
Terima kasih
RA Ehailing.fm
#ehailing #phailing #gig #teksi #segim #mycar #pekerjabebas #apad #jpj #mot #kadartambang #bid