Wanita tempatan raih untung RM55,000 selepas kahwin dengan leIaki Bangladesh hasil dari perniagaan runcit dan restoran dengan menggajikan 3 orang warga asing tanpa permit.
Bila serbuan dibuat, lelaki itu yang turut ditahan cuba 'pusing' dengan mendakwa pekerja itu cuma pekerja sementara,
“Mereka tolong sahaja, bukan kerja tetap. Saya bayar mereka sebanyak RM45 hingga RM70 sehari"
Menurut pengarah Jabatan Imigresen (JIM) KL, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff, tindakan ke atas pekerja, majikan dan pelanggan itu membabitkan kesalahan tiada dokumen pengenalan diri yang sah, tinggal lebih masa, menyalahgunakan syarat pas sah serta melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI)
