Kejohanan Sukan Udara Malaysia 2024 yang diadakan pada 11.10.24 hingga 13.10.24 ini bakal menjanjikan satu kejohanan peringkat antarabangsa.
Perkara itu ditegaskan oleh Mohamad Fadzli bin Abd Aziz yang merupakan Timbalan Presiden Persekutuan Sukan Udara Malaysia pada satu sidang media di Kuala Lumpur petang tadi.
Lokasi MAEPS di Mardi Seri Kembangan telah dipilih walaupun Putrajaya merupakan cadangan awal dan atas beberapa faktor kesesuaian.
Kejohanan yang dianjurkan juga meliputi sukan darat dan festival makanan bagi nenarik lebih ramai pengunjung yang dijangkakan 50 ribu pengunjung.
Pertunjukan payung terjun, belon udara panas, paramotor dan lain-lain bakal memberikan pendedahan kepada pelbagai lapisan masyarakat.
Selain itu kerjasama dari Seniman juga bakal menambah seri kejohanan itu lantaran Seniman bersedia menyediakan beberapa orang artis untuk membuat persembahan.
Sementara itu acara untuk kanak-kanak juga disediakan seperti pertandingan mewarna, supadupa, keretapi lampu dan lain-lain.
Pertandingan kapal terbang kertas pula diyakini bakal menarik penyertaan ramai dan kategori paling jauh dan paling lama di udara bakal menawarkan hadiah wang tunai lumayan dari RM500.00 hingga RM1500.00
Kepada mereka yang berminat untuk turut serta boleh datang terus pada tarikh kejohanan diadakan.
Terima kasih
RA Ehailing.fm