Prompt atau arahan mudah dalam bahasa Melayu mintak AI buat gambar "3d" lintah mengunakan Bing Image Creator.
Promptnya ialah.
1. lintah 3d comel melihat kamera dengan papan tanda kayu dengan perkataan tepat "saya pacat" ditulis dengan betul
2. intah 3d comel melihat kamera dengan papan tanda kayu dengan perkataan tepat "saya pacat" ditulis dengan betul dalam bahasa melayu
Dari hasil ini kita nampak kelemahan AI..
1. Walaupun AI boleh menerima bahasa Melayu ia akan menterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris sebelum diproses oleh AI untuk menjana Imej ini bedasarkan perkataan yg kita minta dia tulis.
2. Perkataan "Saya Pacat" menjadi "I am cat" menunjukan kemungkinan perkataan ini dipecahkan-pecahkan sebelum diterjemahkan. saya - I am , pa di abaikan dan cat tidak diterjemahkan..
3. untuk mengekalkan "Saya Pacat" kita boleh arahkan AI untuk menulis perkataan tersebut dalam Bahasa Melayu.
4. Sebab itu kita lebih banyak guna bahasa inggeris dalam prompt untuk mengelakan ayat kita diterjemahkan.
5. AI tidak dapat jana gambar lintah atau leceches dengan betul - nampak macam ulat aje sama macam imej keris mungkin kerana dataset pembelajaran yg digunakan tiada imej yg tepat.
6. AI takda la hebat sangat (atau masih banyak belajar) masih perlukan bantuan penyuntingan utk mendapatkan imej yang tepat.