Like this:

Keluhan Penggiat E-Hailing

KHAS BUAT Ehailing.fm / GEM Gabungan Ehailing Malaysia

Tahniah atas tindakan PENGHANTAR yang telah menjadi penaung bagi rider dalam usaha menentang kezaliman yang dilakukan terhadap mereka, dimana mereka telah melancarkan mogok dan berhimpun di pejabat GRAB baru baru ini hingga kisah mereka dilaporkan di semua media tempatan..

Ini pesanan buat peneraju ehailing..

Dalam industri E-Hailing terdapat terlalu banyak kepincangan dan kecelaruan Akta dan penguatkuasaan yang perlu diambil serius bagi menyelesaikan kemelut pemain industri..

No 1 - Pemandu Haram - isu EVP, dan inspection kereta, bukan semua EHO ikut dan patuh pada arahan supaya semua pemandu perlu mempunyai EVP dan PUSPAKOM sebelum dibenarkan beroperasi..

Tindakan - pihak GEM seharusnya menekan dan membantah pihak penguatkuasa seperti APAD dan JPJ dalam kelemahan pemantauan dan penguatkuasaan.. buat gerakan berkumpul dan sebagainya sebagai tanda bantahan kepada sistem dan penguatkuasaan agensi terlibat..

No 2 - Insuran - Insuran E-hailing yang melonjak tinggi setiap tahun sedangkan insuran kenderaan telah pon cover all rider, namun insuran tambahan ini dilihat sebagai mengambil kesempatan terhadap pemandu yang sememangnya tiada saluran aduan..

Tindakan - pihak GEM seharusnya membuat bantahan kepada BANK NEGARA MALAYSIA (BNM) agr perkara ini mendapat perhatian pihak sepatutnya dan menunjukkan kesungguhan kita dalam menentang sesuatu dasar yang berat sebelah

No 3 - Dasar tambang sampah - ini disebabkan oleh sistem auto accept itu sendiri dan juga sistem bidding yang membolehkan penumpang meminta harga yang lebih rendah menjadi isu utama penurunan harga tambang

Tindakan - pihak GEM perlu membuat bantahan keras terhadap dasar kerajaan yang membenarkan open market sehingga menggugat pendapatan setiap pemandu dengan sistem yang tidak dikawal selia..

Tindakan kedua - pihak GEM selaku wakil pemandu seharusnya mempunyai pelan penyatuan pemandu yang mantap atau berunding dengan mana-mana EHO yang bersedia menjadi aplikasi utama bagi pihak GEM menyalurkan option buat pemandu yang tertekan ditindas selama ni.. pihak GEM juga perlu membuat satu gerakan boikot dengan hanya menumpukan 1 aplikasi yang telah dirunding sahaja bagi mengawal selia semula pasaran sedia ada..

Untuk itu saya amat berharap agar pihak yang meneraju ini dapat memikirkan sesuatu tindakan luar kotak dalam membela nasib para pemandu..

Buat masa ini saya lebih melihat kejayaan para penghantar dalam menyampaikan isi hati, namun buat industri ehailing saya tidak melihat sebarang tindakan perubahan yang lebih baik kecuali bersifat peribadi semata..

Ikhlas dari bekas pemandu ehailing yang kecewa

Pesanan Dari Pemandu Ehailing

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading