Sistem tambang bid yang dilaksanakan oleh syarikat ehailing sudah 4 tahun berjalan.
_____________
Kementerian Pengangkutan (MoT) belum berhasrat untuk mengawal selia tambang perkhidmatan e-hailing, buat masa ini.
Menterinya, Anthony Loke, berkata penentuan harga lantai tambang e-hailing adalah kompleks dan perlu diimbangi antara pemandu dengan pengguna.
Sekiranya harga lantai ditetapkan, tambang ke atas pengguna juga mungkin meningkat. Pemboleh ubah seperti kesesakan trafik, cuaca, jarak, masa, jumlah permintaan serta jumlah penawaran, menentukan padanan tempahan dengan penawaran secara langsung.
Ketika ini, Loke berkata, MoT tidak mengamalkan kawalan harga atau tidak menetapkan suatu harga lantai terhadap kadar yang diberikan kepada pemandu e-hailing.
Sumber rujukan:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/11/1176765/kementerian-pengangkutan-belum-berhasrat-kawal-selia-tambang-e