Like this:

Kementerian Sumber Manusia Jadi Perhatian Warga e-Hailing dan p-Hailing Dalam Isu SEGiM.

Kementerian Sumber Manusia KSM menjadi perhatian warga penggiat p-hailing dan e-hailing selepas Suruhanjaya Ekonomi GiG Malaysia atau SEGiM diumumkan sebagai wajib oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi sebentar tadi dihadapan sekitar seribu peserta dari sektor phailing dan ehailing semasa melancarkan Forum Kerangka Nasional Kerjaya Industri GiG Malaysia .

Turut hadir ialah YB Sivakumar yang merupakan Menteri Sumber Manusia dan lain-lain tetamu kenamaan termasuk CEO Perkeso Dato Seri Dr Mohammed Azman.

KSM dilihat sebagai kementerian paling sesuai untuk merialisasikan kewujudan suruhanjaya ini yang diyakini mampu merawat industri p-hailing dan e-hailing iaitu dua sektor paling teruk terjejas di dalam bidang gig ekonomi ini.

Sektor gig yang merupakan bidang ekonomi baru yang melibatkan tidak kurang 10 kementerian diantaranya Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Multimedia dan Digital, Kementerian Belia Dan Sukan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan lain-lain, lantaran itu maka gig ekonomi menjadi amat rumit untuk diselesaikan sekiranya wujud isu-isu berkait diantara kementerian.

Ketiadaan badan penyelia yang khusus untuk gig ekonomi adalah penyebab pelbagai masalah berlaku di dalam sektor p-hailing dan e-hailing yang merangkumi penghantar makanan, barang dan juga penumpang.

Petugas penghantar p-hailing dan e-hailing sering menjadi mangsa kepada ketidakadilan agihan kek gig ekonomi. Kadar upah yang seratus peratus ditetapkan oleh penyedia applikasi menyebabkan pendapatan petugas p-hailing dan e-hailing menjadi tidak setimpal malahan semakin menyusut dengan mendadak.

Selain itu kebajikan petugas juga terabai sebagaimana yang sering berlaku umpamanya kemalangan yang melibatkan kecederaan dan kematian kerana tiada pihak yang boleh dipertanggunggjawabkan untuk menjaga kebajikan petugas p-hailing dan e-hailing seandainya malapetaka berlaku ke atas mereka.

Selepas ini saya percaya KSM akan dilibatkan secara aktif bagi merealisasikan penubuhan suruhanjaya gig dan itulah juga harapan lebih sejuta penggiat gig yang ketika ini memerlukan pembelaan sewajarnya daripada kerajaan.

Rizal Adam Ehailing.fm
19.7.23

https://www.facebook.com/share/v/n4865UK5s8bXFJft/?mibextid=oFDknk

Img 20240329 Wa0002
Img 20240329 Wa0003
Img 20240329 Wa0004
Img 20240329 Wa0005

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading