Kelakar pun ada rasanya semalam bilamana para penghantar GrabFood berjaya membuat himpunan di kawasan HQ Grab di Petaling Jaya sampaikan HQ Grab sendiri kosong. Ditutup. Yang tinggal hanya pengawal keselamatan je.
Betapa pengecutnya pengurusan Grab untuk berdepan dengan memorandum dan tekanan dari para rider.
Ini menunjukkan bahawa sememangnya syarikat Grab tidak akan mengambil apa-apa perubahan pun pada sistem dan cara penetapan harga kos penghantaran. Buat la macam mana pun Grab akan tetap rasa mereka kebal.
Dan pihak Kerajaan pun tetap juga tidak akan mengambil apa-apa jalan tengah untuk menangani permasalah ini. Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) pun tetap tidak akan diadakan oleh pihak Kerajaan seperti mana yang kononnya dijanjikan.
Payah. Memang payah.