Calon Barisan Nasional, Syed Hussien sudah mula melakukan gerak kerja Kempen PRK DUN Mahkota dengan berjumpa para pengundi Cina di Restoran Foo Man Tang dan Cawan Mas Coffee petang semalam.
Dalam kempen tersebut Dato Seri Wee Ka Siong yang ada bersama telah memberi jaminan kepada pengundi di sini bahawa Syed Hussien adalah calon terbaik dari Barisan Nasional dan layak untuk menjadi wakil rakyat mereka.
Dia seorang calon muda yang tidak kurang pengalaman dalam politik dan perkhidmatan tempatan.
Bukan sahaja fasih berbahasa Mandarin, Syed Hussien juga merupakan pemimpin muda yang berkaliber serta amat memahami denyut nadi rakyat majmuk khususnya di DUN Mahkota ini.
Mudah-mudahan calon Barisan Nasional Syed Hussien diberi peluang dan mandat sebagai wakil rakyat pada hari pengundian pada 28 Sept nanti.