Ramai pemandu e-hailing jenama GRAB mengeluh tentang kadar perkhidmatan GrabSaver yang terlalu rendah dan tidak berbaloi. Dengan kos pengoperasian perkhidmatan e-hailing (kos kenderaan, minyak dan upah) yang agak tinggi, nilai yang ditetapkan dalam GrabSaver dilihat amat menekan.
Ianya semacam kena buli dengan GRAB... semacam kena tindas pun ada.
Memanglah sekarang ini pemandu boleh 'tutup' dari ambil pesanan GrabSaver, tapi dimasa depan pastinya pihak GRAB akan memaksakan pemandu untuk kekal ambil penumpang GrabSaver. Semacam AutoAccept la. Mahu tidak mahu ianya pasti akan dipaksakan nanti.
Apa pilihan yang ada pada pemandu? Nak minta tolong dengan siapa? Nak menyuarakan dengan siapa? Menteri Pengangkutan Anthony Loke pun dah kata tak akan tetapkan harga lantai. Jadi kepada siapa pemandu nak mengadu dan dapat pembelaan yang sewajarnya?
Makin kronik jadinya.
Beli dashcam secara bayar ansuran