Like this:

Kenapa Kena Tukar Kad Pengenalan (MyKAD) Jika Nak Teruskan Fungsi TouchNGo (TnG)?

Kena tukar Kad Pengenalan (MyKAD) baru jika kad Touch & Go tamat tempoh..

Kisahnya pagi tadi apabila saya cuba untuk membayar tol menggunakan kad TnG sepertimana sebelum ini..

Apabila saya menyentuh kad tersebut terpapar tulisan kad tamat tempoh..

Seterusnya saya gunakan kad pengenalan saya sebagai ganti kad TnG dan kemudian saya singgah untuk menambah nilai pada Kad Pengenalan (MyKAD) dan kemudian saya bertanya kepada kaunter bertugas tentang tamat tempoh kad TnG.

Saya terkejut apabila kaunter memberitahu Kad Pengenalan saya (TnG) akan tamat pada bulan April nanti.. dan perlu menukar Kad Pengenalan (MyKAD) baru jika berhasrat menggunakan kad pengenalan sebagai ganti kad TnG.

Sebelum ini memang ada rungutan beberapa orang pemandu tentang kad TnG tamat tempoh tetapi jika sampai menukar Kad Pengenalan (MyKAD) rasanya tidak mungkin saya menukar kad pengenalan hanya semata-mata kerana TnG.

Terima kasih

Admin RA Ehailing.fm
#MyKAD #JPN #TouchNGo #TnG #RFID #TambahNilai #TamatTempoh #Menyusahkan

Kad Pengenalan Tng

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading