Like this:

Kerajaan digesa sekat kemasukan applikasi ehailing dari luar negara
Pandangan jujur dari saya ialah kerajaan sepatutnya sudah boleh menyekat applikasi ehailing luar negara daripada terus membiak di bumi Malaysia ini.. Dengan hampir 30 syarikat ehailing yang sudah sedia ada saya percaya bukan sahaja pemandu dan pengguna pening memikirkan mana satu applikasi yang benar-benar bermutu tetapi kakitangan kerajaan yang berada di dalam Kementerian dan jabatan serta agensi berkaitan ehailing juga mendapat beban berlipat kali ganda untuk menyelia syarikat dari luar negara ini. Pertambahan jumlah syarikat ehailing sudah pasti akan membuatkan persaingan menjadi semakin sengit dan kesudahannya bukan kualiti yang disajikan tetapi sampah sarap industri yang muncul. Kerajaan sebaliknya disaran supaya mengaktifkan sebuah GLC ehailing milik negara bagi mengimbangi ketidaktentuan industri ehailing terutama berkaitan dengan kadar tambang.. Sepatutnya Malaysia sudah mempunyai sebuah syarikat ehailing gergasi sebagaimana negara jiran kita memilikinya.. RA Ehailing.fm #ehailing #phailing #glc #mot #ksm #teksi #grab #indrive #mycar #gojo #airasiaride #maxim #tambangmurah #gig

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading