Like this:

Kerajaan Perak Perketatkan Penguatkuasaan Larangan Merokok Di Tempat Awam.

Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan akan memperhebat aktiviti penguatkuasaan termasuk pengeluaran notis dan kompaun sebagai langkah proaktif menangani masalah individu merokok di tempat awam. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional negeri A Sivanesan terdapat anggaran nilai kutipan kompaun berkaitan penguatkuasaan itu bagi 2022 adalah sebanyak RM1.305 juta, manakala bagi tempoh Januari hingga September tahun ini telah mencecah RM2.114 juta.

Beliau berkata jumlah operasi penguatkuasaan sepanjang 2022 adalah sebanyak 2,603 aktiviti, manakala bagi Januari hingga September tahun ini mencatatkan 2,274 aktiviti. Penguatkuasaan juga akan dipertingkat tahun depan dengan sasaran bilangan aktiviti operasi lebih tinggi ditetapkan dalam pelan tindakan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak.

Selain daripada aktiviti penguatkuasaan oleh JKN, hebahan dan peringatan berkaitan kawasan larangan merokok turut dijalankan dari semasa ke semasa menerusi kempen awam dimana sepanjang tahun 2022 dan 2023, sebanyak 108 aktiviti kempen advokasi telah dijalankan di negeri Perak, merangkumi aktiviti di IPTA (institusi pengajian tinggi awam), sekolah, masjid, kompleks membeli-belah, jabatan kerajaan dan komuniti.

Larangan Merokok Di Perak

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading