BALING - Keluarga seorang warga emas yang hilang sejak 3 September lalu percaya bahawa lelaki berkenaan iaitu En Sabari Bin Baharom, berusia 62, masih hidup dan dilarikan individu tidak dikenali. Mereka berfikiran demikian kerana percaya ada beberapa tindakan selepas kejadian yang menunjukkan bahawa mangsa masih selamat.
Anak bongsu mangsa, Muhammad Amir Hakimi Sabari,25, berkata, ini kerana mereka telah mengenal pasti berlaku pemindahan wang dari akaun bank mangsa ke akaun bank seseorang yang tidak dikenali dengan jumlah yang agak besar.
Ini menimbulkan satu wasangka kepada keluarga mangsa.
Pihak Polis telah membuat hebahan dan berharap akan ada maklumat mengenai Kes Orang Hilang (OH).