Like this:

Kereta kena tarik?

Ramai pembeli kereta sangka bila dah beli, kereta jadi dia punya. Mungkin dia lupa, kehadiran 'Orang ke-3' dalam proses jual beli tersebut, iaitu Bank.

Ramai yang lupa, masa nak beli, duit tak cukup nak bayar harga tunai, jadi guna duit Bank dulu.

Bank pinjamkan duit dia, bayar pada Penjual. Maknanya, awak HUTANG DUIT dengan Bank bukan HUTANG KERETA.

Sebab tu kalau hari ini awak beli kereta pakai duit Bank, esok awak nak bayar balik dengan kereta yang sama nilai, bank takkan terima. Dia nak duit dia balik, dia bukan nak kereta. Awak yang nak sangat kereta tu.

Kena jelas dan selalu ingat, awak BERHUTANG DUIT dengan Bank, dan kereta itu HANYALAH CAGARAN.

Bila hutang tertunggak, Bank akan ambil balik 'Barang Cagaran' iaitu kereta tersebut.

Setelah kereta ambil kembali (ditarik) oleh pihak bank, awak ada 2 pilihan samada nak tebus atau nak surrender.

Kalau nak tebus, biasanya kena bayar jumlah tertunggak berserta kos tarik dan parking sepanjang dalam jagaan pihak bank.

(Tapi jangan tak tau, ada perjanjian yang mewajibkan pembeli bayar 'full payment' sekiranya kereta sudah ditarik. Hati-hati terutama yang 'loan credit'.)

Sekiranya surrender atau gagal tebus balik dalam tempoh 21 hari (biasanya), maka Bank akan membuat lelongan.

Setelah dilelong, maka awak tak ada kaitan lagi dengan kereta tersebut, tetapi hutang yang dibuat diawal pembelian tadi, TETAP MILIK AWAK.

Awak Pemilik Hutang, itu sudah pasti.
Awak Pemilik Kereta, itu belum tentu.

Kereta Kena Tarik

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading