Like this:

Kerja Di Mana Sahaja

Kerja Di Mana Sahaja (Work from Anywhere) ni merupakan satu rezeki yang pada saya amat berharga. Tempat kerja dan masa jadi fleksible. Asal ada laptop dan internet, boleh buat kerja. Alhamdulillah.

Tapi untuk bekerja dengan selesa perlu ada kemudahan yang mencukupi. Saya nak kongsikan 7 perkara yang saya setup untuk working environment saya :

1) Untuk laptop saya gunakan Macbook jenis processor Apple Silicon. Performance tiptop, battery tahan lama. Orang koqdiang kata “All day battery”.

2) Orang IT tak boleh buat kerja tanpa second monitor. Untuk second monitor saya gunakan iPad jenis Apple Silicon processor. Sama, performance tiptop, battery tahan lama. Yang paling syok mudah nak setup jadi second monitor kepada Macbook tanpa sebarang wayar. One click je setel.

Time nak buat kerja yang simple dan cepat, saya akan gunakan iPad sahaja berbanding laptop.

3) Kerja seharian saya tak lari daripada network dan server. Saya ada server di beberapa lokasi. Jadi nak memudahkan saya akses dengan selamat, saya setup mesh VPN menggunakan Tailscale. Redundancy kepada Tailscale, saya gunakan juga Cloudflare Tunnel & Zerotier.

4) Untuk online meeting, saya standby Airpods Pro. Mudah nak connect, noise cancellation yang berkesan.

5) Internet guna apa? Saya hotspot je dari phone. Kalau nak dapatkan best full experience of Apple ecosystem, gunakan iPhone. Mudah nak join hotspot dari Macbook dan iPad.

6) Untuk power supply, saya gunakan GaN charger 100W dengan 3 port USB type untuk Macbook, iPad dan iPhone. Jarang guna sebenarnya sebab battery devices tahan lama, tapi kena standby jugak just incase.

7) Semua barang ni bawa macam mana? Saya dah cuba beberapa beg sebelum ni, tapi setakat ni yang saya paling puas hati, jenama Mark Ryden. Quality build yang solid dan compartment yang mencukupi.

Sambil tunggu servis kereta, boleh la siapkan apa yang patut.

*Maaf, link shopee tak disediakan

Kredit: Syafiyullah Yahya

Work From Everywhere

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading