Nampak tak..
Apabila syarikat ehailing bersaing secara sihat maka kelebihan dari segi memberi pulangan kepada pemandu akan menjadi keutamaan.
Kali ini saya paparkan MyCar menawarkan komisyen pada kadar 13% sahaja. Walaupun kadar ini bukan yang terendah tapi sekurang-kurangnya anda perlu sedar bahawa potongan 20% itu adalah terlalu tinggi untuk pemandu ehailing.
Ingat satu perkara bahawa MyCar pernah mengenakan caj 0%, 5% dan 10% dan ini menunjukkan bahawa MyCar sentiasa menjadikan pemandu sebagai rakan yang benar-benar dihargai.
Tawaran insentif RM150.00 untuk pemandu yang melengkapkan 30 tempahan amat lumayan pada saat pemandu ehailing memerlukan pendapatan selain dari mengumpul duit tambang.
Walaupun angka ini dianggap tidak besar tetapi ianya lebih lumayan daripada duit minyak RM30 yang digula-gulakan oleh syarikat lain.
Seperkara lagi hanya MyCar yang mempunyai kelas PSV (lesen ehailing) dengan kadar bayaran hanya RM70.00 yang dikendalikan oleh tenaga pengajar bertauliah oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia .
Maka itu anda boleh klik link wasap di bawah untuk sebarang pertanyaan berkenaan dengan applikasi MyCar:
www.wasap.my/60194256208/Hallo+MyCar
Terima kasih
RA Ehailing.fm