450 ribu ahli terkesan apabila Koperasi Sahabat yang mereka sertai telah ditipu sejumlah RM865,559.80 melibatkan penjualan produk ayam dan daging beku yang diniagakan oleh pihak koperasi
Malaysia International Humanitarian Organisation MHO mendedahkan demikian pada sidang media di Megan Avenue 1 Kuala Lumpur petang tadi.
MHO melalui Setiausaha Agungnya berharap Ketua Polis Petaling Jaya segera menjalankan siasatan seterusnya mengambil tindakan segera mengikut undang-undang sedia ada kerana kes ini melibatkan dana awam yang besar jumlahnya.
Sementara itu Hj Mazri Mahmood mengingatkan kepada para penipu supaya tidak menipu Koperasi Sabahat kerana para ahlinya adalah dikalangan orang yang berpendapatan rendah, wanita dan ibu tunggal.
Menurut En Mohd Mahmudin CEO ZZ Halfood, pelaku pula telah diambil tindakan diberhehtikan kerja oleh syarikat ZZ Halfood