Like this:

KPN Mempengerusikan Mesyuarat JPKSN Bilangan 2/2024

Kuala Lumpur, 12 Ogos 2024 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Kawalan Sempadan Negara (JPKSN) Bilangan 2/2024 yang diadakan di Bilik Mesyuarat Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam, Menara 1, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini pagi ini.

Berucap dalam mesyuarat tersebut, Tan Sri Razarudin menyatakan, agenda kali ini adalah bagi membincangkan hal ancaman jenayah rentas sempadan yang perlu ditangani secara kolektif oleh semua agensi penguatkuasaan di Malaysia.

Jelasnya, persempadanan negara meliputi sempadan darat, maritim dan udara yang melibatkan negara seperti Thailand, Kalimantan, Indonesia serta Brunei.

Beliau turut menekankan isu kemasukan pendatang tanpa izin, pemerdagangan manusia, penyeludupan dadah, pengubahan wang haram, aktiviti keganasan dan biosekuriti disebabkan oleh kedudukan Malaysia yang berada di laluan strategik maritim iaitu Selat Melaka dan Laut China Selatan, menjadikan ia terdedah kepada ancaman luar.

Tan Sri Razarudin turut memaklumkan mengenai Rang Undang-Undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (MCBA) yang telah diluluskan di Parlimen pada 1 Ogos lalu dengan diterajui oleh Ketua Pengarah MCBA, CP Dato’ Hazani Ghazali.

Berhubung perkara tersebut, beliau mencadangkan MCBA sebagai ahli tetap Mesyuarat JPKSN atas tanggungjawab agensi berkenaan menjaga laluan pintu masuk negara bagi memantapkan lagi usaha dalam mengawal dan menjaga keselamatan sempadan negara.

Mesyuarat turut dihadiri Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Dato’ Anis Rizana Mohd Zainudin, barisan Ketua dan Timbalan Pengarah jabatan dan agensi kerajaan, Pengarah-pengarah PDRM dan para pegawai kanan polis.

Kpn Pengerusikan Mesyuarat

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading