Like this:

KPN Razarudin Husain kini bergelar Tan Sri.

KPN ANTARA TOKOH DIKURNIA DARJAH KEBESARAN KELAS PERTAMA P.M.N. BERGELAR ‘TAN SRI’ DARIPADA YANG DI-PERTUAN AGONG

Kuala Lumpur, 7 September 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini dikurniakan Darjah Kebesaran Panglima Mangku Negara (P.M.N.) oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di Balairong Seri, Istana Negara, di sini, pagi tadi.

Darjah kebesaran itu dikurniakan sempena Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tahun 2024.

Turut berangkat bercemar duli ke istiadat tersebut ialah KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.

P.M.N. tergolong dalam keluarga Darjah-darjah Yang Mulia Pangkuan Negara kelas pertama itu membawa gelaran ‘Tan Sri’ kepada tokoh-tokoh negara yang memberi perkhidmatan cemerlang kepada nusa dan bangsa dan ianya terhad kepada 75 individu sahaja.

Antara yang menerima darjah kebesaran sama tadi ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Abd Rahman.

Penerima yang turut dikurnia darjah kebesaran lain dalam istiadat tahun ini ialah Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Awang Alik Jeman dan Ketua Polis Johor, CP Datuk M. Kumar S. Muthuvelu.

Kedua-dua tokoh tersebut dikurniakan Darjah Kebesaran Panglima Jasa Negara yang membawa gelaran ‘Datuk’.

Manakala Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, SAC Noor Dellhan Yahaya dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Nakotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, ACP Mohd Taufik Maidi pula masing-masing dikurniakan Darjah Kebesaran Kesatria Setia Diraja serta Darjah Kebesaran Kesatria Mangku Negara.

Turut hadir dalam istiadat di Istana Negara tadi ialah Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Datuk Zainah Othman dan Pengerusi PERKEP Kontinjen Johor, Datin Shanti P. Santhanam Pillai.

Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid, Koperal Muhamad Izqhar Zainal Ibidin dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri

Kpn Dapat Pingat Dari Ydpa 02

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading