Mulai 3 Januari 2024, tepat jam 12:01 tengah malam, Lebuhraya WCE akan memulakan kutipan tol di Plaza Tol Assam Jawa, selepas beroperasi secara percuma selama 42 hari. Kadar tol untuk setiap kelas kenderaan adalah berdasarkan kadar tol yang telah ditetapkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia.
Kutipan tol Lebuhraya WCE adalah secara elektronik sepenuhnya dan kami menasihatkan pengguna untuk memastikan baki e-wallet dan kad Touch n Go anda mencukupi. Sila pastikan anda menggunakan lorong pembayaran yang betul. Rujuk infografik berikut atau muat turun Aplikasi WCE App untuk maklumat lebih lanjut.