IPD Kajang, 08.10.2024(Selasa) - Cawangan Khas IPD Kajang telah mengadakan satu Latihan Dalam Perkhidmatan bertajuk 'Ajaran Meragukan'. Latihan Dalam Perkhidmatan ini telah dijalankan di Bilik D'Stress, IPD Kajang.
Latihan Dalam Perkhidmatan ini telah diambil oleh ASP Cawangan Khas IPD Kajang iaitu ASP Mohd Sidik bin Abidin. Seramai 17 peserta dari kalangan Pegawai Kanan dan Pegawai Rendah Polis dibawah pentadbiran IPD Kajang hadir latihan ini.
LDP ini dilakukan adalah bertujuan untuk memberi ilmu kepada para peserta berkaitan bagaimana ajaran meragukan memberi impak negatif kepada kerajaan sekiranya tidak mengikut saluran yang betul. LDP ini juga mengajar para peserta dalam ilmu-ilmu menahan dan menangkis sebarang provokasi yang dilakukan oleh sesuatu ajaran meragukan atau seseorang individu apabila berhadapan dengan situasi tersebut.
Secara keseluruhannya, LDP seperti ini dapat memberi impak yang positif kepada pegawai dan anggota dan juga menambah ilmu pengetahuan warga IPD Kajang.