Pemakluman terkini dari JPJ Melaka memaklumkan bahawa Buku Lelong Pelelongan Awam kini tersedia untuk dibeli di Unit Hasil Bahagian Pengurusan mulai 2 Oktober 2024 sehingga 16 Oktober 2024 bermula jam 9.00 pagi.
Harga bagi setiap buku lelong adalah RM50.00.
Pembida individu perlu menyediakan salinan kad pengenalan, manakala pembida syarikat perlu menyediakan beberapa dokumen tambahan seperti salinan SSM, surat wakil, kad pengenalan wakil, dan Sijil Pelupusan Besi Buruk (Scrap).
Pastikan untuk membawa resit pembelian buku sebagai bukti pada hari pelelongan awam. Harap maklum.