Like this:

Majlis Penutup Kembara KASIH KPWKM

Majlis Penutup Kembara KASIH KPWKM dan Majlis Kick-Off Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan

21 September 2024

Setelah merentasi 8 daerah dengan perjalanan sejauh 1,456 km, Kembara KASIH KPWKM melabuhkan tirainya dengan pelbagai kenangan manis bersama masyarakat Sarawak.

Konvoi Kembara KASIH KPWKM terharu dengan sokongan padu masyarakat Lawas yang hadir di Majlis Penutup Kembara KASIH KPWKM dan Majlis Kick-Off Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan yang telah disempurnakan oleh YB Datoโ€™ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Terima kasih kepada 12 ribu rakyat Sarawak yang telah hadir dan melibatkan diri dalam 27 aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang kembara.

Pelbagai bantuan dan perkhidmatan yang telah dibawakan KPWKM secara terus kepada rakyat sepanjang kembara ini berlangsung dan akan memberi manfaat kepada seluruh rakyat Sarawak antaranya:

๐Ÿ“Œ Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) Bergerak yang pertama di Sarawak telah dilancarkan.

๐Ÿ“Œ Penubuhan Anjung Kasih YKN di Hospital Bintulu dengan tajaan penuh swasta berjumlah RM1 juta

๐Ÿ“Œ Program Wanita Dinamik yang memberi manfaat kepada 1000 wanita di Sarawak.

๐Ÿ“ŒPelancaran Direktori Berasaskan Komuniti@Sarawak.

๐Ÿ“ŒAdvokasi Antigangguan Seksual

๐Ÿ“Œ Ziarah Kasih dan penyampaian bantuan kepada klien-klien JKM dan LPPKN yang berada di sekitar kawasan laluan konvoi.

๐Ÿ“Œ Menyalurkan sumbangan kepada enam masjid terpilih untuk aktiviti komuniti.

Terima kasih kitak semua orang Sarawak yang terus menyokong tanpa jemu program Kembara KASIH KPWKM ini dari hari pertama hingga hari terakhir.

Orang- orang Sarawak memang terbaik

Kembara Kasih Kpwkm 01
Kembara Kasih Kpwkm 02
Kembara Kasih Kpwkm 03
Kembara Kasih Kpwkm 04
Kembara Kasih Kpwkm 05
Kembara Kasih Kpwkm 06

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading