Like this:

Majlis Perbincangan Meja Bulat dan Bengkel Pempengaruh Bersama Penyokong Kerajaan Perpaduan

Pertubuhan Media Digital Malaysia (MEMO) menganjurkan satu Majlis Perbincangan Meja Bulat dan Bengkel Pempengaruh dengan tujuan menyokong serta memperkukuhkan kedudukan Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim atau PMX.

Pengerusi MEMO En Musatapa Mansor menjelaskan Majlis ini melibatkan para pempengaruh digital di media sosial yang 'pro' kepada Kerajaan Perpaduan yang selama ini giat mempertahankan dasar dan usaha Kerajaan dalam membangunkan negara dengan kaedah dan kreativiti tersendiri dan pempengaruh ini mempunyai pengikut-pengikut setia mereka dari pelbagai latarbelakang dan peringkat.

Tujuan utama majlis perbincangan ini adalah seperti berikut:

  1. Mengumpulkan pempengaruh pro kerajaan bagi menyokong Kerajaan Perpaduan di bawah kepimpinan PMX. Langkah ini diambil untuk memperkukuhkan suara sokongan dalam kalangan pempengaruh yang berperanan penting dalam menyampaikan maklumat kepada orang ramai.
  2. Menyatukan pempengaruh dalam satu tindakan yang bersepadu, komprehensif, dan berkesan. Ini bertujuan untuk membina kekuatan kolektif dan memaksimumkan impak sokongan terhadap kerajaan.
  3. Membanteras fitnah dan hasutan, terutamanya di media sosial. Majlis ini berusaha untuk menangani maklumat palsu dan spekulasi negatif yang boleh mencetuskan kekeliruan serta merosakkan reputasi kerajaan. Pempengaruh perlu lebih bertanggungjawab dalam menyebarkan maklumat yang tepat, mengelakkan penyebaran maklumat palsu, dan mematuhi garis panduan etika platform.
  4. Penggunaan platform digital untuk menyebarkan mesej yang positif dan membina masyarakat.
  5. Menguruskan persepsi negatif yang cuba memburukkan imej Kerajaan Perpaduan. Pempengaruh akan dilengkapi dengan strategi yang dapat menangani cabaran ini melalui pendekatan komunikasi yang bijak. Mengumpul dan memperkasakan kemahiran dan bakat pempengaruh Kerajaan Perpaduan. Hasil dari bengkel ini akan mencadangkan pelbagai modul latihan untuk meningkatkan kecekapan para pempengaruh dalam menyampaikan mesej yang tepat dan berimpak.
  6. Mengumpul dan memperkasakan kemahiran dan bakat pempengaruh. Bengkel ini akan menyediakan pelbagai modul latihan untuk meningkatkan kecekapan para pempengaruh dalam menyampaikan mesej yang tepat dan berimpak.
  7. Mewujudkan satu organisasi khas bagi memantau dan membanteras fitnah serta hasutan. Organisasi ini akan berfungsi sebagai platform penyelarasan untuk mengkoordinasi tindakan yang lebih berkesan dalam menangani isu-isu berkaitan.
  8. Menggalakkan kesedaran tentang hak cipta, harta intelek, dan perlindungan kandungan yang dihasilkan oleh pempengaruh.

Sementara itu lebih 100 pempengaruh hadri mengambil bahagian dalam persidangan meja bulat yang julung-julung kali diadakan.

Terima kasih 
RA Ehailing.fm

Cytro Madani 01
Cytro Madani 02
Cytro Madani 03

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading