Like this:

Makluman Awam – Caj Parkir DBKL Terkini

PEMAKLUMAN BAYARAN CAJ PARKIR TEMPAT LETAK KERETA (TLK) BAHU JALAN DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (WPKL)

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah menguatkuasakan kutipan caj Tempat Letak Kereta Bahu Jalan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di bawah peruntukan Akta Pengangkutan Jalan 1987, Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2016.

Kadar caj parkir terbahagi kepada 3 Zon iaitu :

1. Zon A (kawasan pusat bandar) RM 1.50 satu jam pertama dan RM2.50 bagi setiap satu jam berikutnya.

2. Zon B (Kawasan luar pusat bandar dan beraktiviti) RM 1.00 bagi setiap satu jam.

3. Zon C (Kawasan luar pusat bandar) RM0.80 bagi setiap satu jam.

Bayaran caj parkir boleh dibuat secara dalam talian melalui aplikasi EZKL Smart Park, Flexi-Parking dan JomParking. Selain itu, bayaran boleh dibuat menggunakan e-wallet seperti Touch N Go, Boost, Mcash dan Settle.

Caj Parkir Dbkl 02
Caj Parkir Dbkl 03
Caj Parkir Dbkl 04

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading