Like this:

Malaysia lambakan kereta model lama?

Selalu sangat saya baca keluhan di internet, pasaran Malaysia ni jadi macam tempat jual kereta model lama dan spec rendah.

Baru baru ini ada satu jenama Jepun baru nak launch model kereta hybrid, tapi diserang netizen sebab bagi model 2019, dan model 2025 dah pun dikeluarkan di US.

Walaupun setiap tahun , jumlah kereta baharu sekitar 800k di Malaysia, yang mampu beli kereta melebihi RM100k, berapa peratus aja.

Jadi sebab itu pengeluar kereta Jepun tak berapa nak gah lancar kereta latest di Malaysia. Kalau kereta EV, jauh lagi rendah angkanya. Rata rata di level mampu melihat aja.

Jadi pengeluar ada alasannya tersendiri ( volume tak cukup ) untuk tidak melancarkan kereta latest di Malaysia.

Berbeza dengan manufacturer China, mereka tahu masalah tersebut ( rakyat tak mampu beli kereta melebihi 100k ) , tapi tetap juga launch kereta latest di sini.

Bila lihat kereta model Jepun, yang latest pun sebab model recond ( grey importer )

Kalau ada launch jenama Jepun di SEA, mesti negara lain lain dapat dahulu, barulah nak tiba Malaysia.

Sekarang, disebabkan keberanian pengeluar China jual kereta latest di Malaysia, sikit sikit peratusan jenama kereta Jepun terhakis.

Baik beli brand new China dari outdated sekenhen Jepun ( dah ramai berfikiran macam ini )

Lambakan Kereta Outdated

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading