Like this:

Masa semakin suntuk untuk ehailing
Keputusan untuk membiarkan tambang ehailing diapungkan mengikut kuasa pasaran adalah satu keputusan yang salah.. diulang satu keputusan yang salah..salah..salah.. Sebelum ini nasib pemandu-pemandu ehailing dilihat semakin menderita dari hari ke hari dan semakin ramai pemandu ehailing yang sengsara akibat daripada perkogsian tambang yang tidak adil antara pemandu, syarikat dan pengguna.. Ramai pemandu ehailing tersembam kerana pendapatan yang di bawah kos yang akhirnya menyebabkan mereka kerugian dan tidak dapat menanggung lagi perbelanjaan pelbagai sudut termasuk bayaran bulanan kepada pihak bank. Punca utamanya ialah faktor tambang yang tidak menyebelahi pemandu.. pada masa-masa ini tambang ehailing yang tidak dikawal telah jatuh sehingga ke dasar paling bawah.. Salah siapa? Ini yang diperdebatkan oleh pemandu-pemandu ehailing.. Bagi kami ini semua salah kerajaan kerana tidak mahu campurtangan dalam urusan tambang ehailing.. kenapa? Kerana syarikat terpaksa bersaing sesama sendiri dan senjata untuk kemenangan ialah turunkan tambang ehailing.. tiada syarikat yang sudi meletakkan tambang mahal kecuali syarikat itu berhajat untuk membunuh diri.. Antara kesan awal terhadap kegagalan mengawal tambang ialah pemandu akan terkorban dengan sendirinya.. Selepas itu syarikat itu sendiri akan terkorban kerana kos atau keuntungan minima yang mereka perolehi menyebabkan mereka juga kecundang.. ini fakta berapa banyak sudah berlaku syarikat gulung tikar walaupun tambang mereka kategori murah.. Bagaimana dengan syarikat gergasi hijau? Mereka juga akan terkesan dan terpaksa ikut rentak pasaran namun kami percaya mereka juga tidak mampu menongkah arus dan akhirnya mereka juga bakal bungkus kerana faktor tambang ehailing diapungkan.. Kenapa kami sokong syarikat tambang murah? Salah tuduhan itu kami tidak menyokong tambang murah tapi kami menyokong mana-mana syarikat yang ingin memasuki sektor ehailing supaya memberi peluang kepada sesiapa sahaja warga kita yang ingin mencari rezeki dalam dunia ehailing.

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading