Like this:

Maut Jatuh Bangunan

Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 20an ditemukan mati selepas dipercayai terjatuh dari sebuah bangunan pusat beli-belah di Kuching kira-kira jam 12.08 tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata pihak Polis yang tiba di lokasi mengesahkan mangsa dalam keadaan tertiarap tanpa baju dan hanya berseluar panjang.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dan dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Umum Sarawak bagi tujuan bedah siasat.

ACP Farhan berkata kes telah dijalankan di bawah mati mengejut (SDR).

Sehubungan itu, orang ramai diseru untuk tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian bagi menjaga sensitiviti keluarga mangsa.

Jatuh bangunan

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading