Like this:

Maut Kepala Digilis Tayar Jengkaut

Seorang penuntut Universiti Selangor (Unisel) Arif Danial Samsudin, 19, yang menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda maut dalam keadaan tragis apabila kepalanya digilis jengkaut di Jalan Bukit Badong, Kampung Jaya Setia, Bestari Jaya di sini, dalam kemalangan kira-kira pukul 10 pagi itu.

Siasatan awal mendapati mangsa yang menuntut di kampus Bestari Jaya itu cuba memotong kenderaan di hadapannya bagaimanapun dipercayai hilang kawalan lalu terjatuh dan kepala mangsa kemudian digilis tayar belakang jengkaut yang berada di jalan tersebut.

Kemalangan itu mengakibatkan mangsa parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat pemuda itu dibawa ke Hospital Tanjong Karang bagi bedah siasat manakala pemandu jengkaut berusia 39 tahun tidak cedera. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kepala Digilis

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading