Like this:

Maut Keracunan Karbon Monoksida

DUA mangsa ditemui maut dalam kereta jenis Proton Satria Neo di sebuah stesen minyak di Muadzam Shah, dekat Rompin, petang semalam (27/02/24).

Mangsa di kerusi pemandu ialah Rohashidi Abron, 41, berasal dari Muadzam Shah dan rakannya, Norlina Seeron, 43, di kerusi penumpang depan berasal dari Jempol, Negeri Sembilan.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Nor Azman Yusof, berkata, siasatan awal mendapati kereta dinaiki mangsa berhenti di parkir stesen minyak tersebut kira-kira jam 6:42 pagi, kelmarin.

Kedua-dua mayat mangsa ditemui petugas stesen minyak petang semalam.

Semakan CCTV mendapati kedua-dua mangsa tidak keluar dari kereta mereka sejak berhenti di parkir berkenaan, dan tiada unsur jenayah ditemui. Malah semua barangan peribadi ada dalam kereta berkenaan.

Polis mengklasifikasikan insiden tersebut sebagai mati mengejut. Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk dibedah siasat.

Polis masih menunggu keputusan laporan kimia untuk analisis toksilogi.

---

Lagi kes keracunan karbon monoksida?

Kesan Karbon Monoksid 01

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading