Like this:

Merapatkan Jurang Digital – YB Fahmi Fadzil (Menteri Kementerian Komunikasi)

Menteri Kementerian Komunikasi YB Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan semalam menyatakan bahawa Kementerian Komunikasi telah menjadikan Kampung Orang Asli Kelinsing di Sepang sebagai kampung angkat menerusi Program Kampung Angkat MADANI.

Antara lain, program ini bertujuan untuk menyelesaikan beberapa masalah yang dihadapi kampung angkat. Bagi kampung ini, ianya termasuk beberapa kemudahan serta isu internet.

Sebanyak RM2.5 juta telah diperuntukkan bagi membina semula balai budaya, kantin, tandas awam serta mewujudkan ruang niaga baharu.

Sebelum ini penduduk kampung sekitar 172 orang sering menghadapi masalah internet termasuk panggilan telefon juga sukar dibuat.

Sementara itu sebuah pusat NADI baharu juga akan dibina oleh MCMC bagi membantu merapatkan jurang digital agar semua lapisan masyarakat tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara.

Merapatkan Jurang Digital

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading