Lebih 100 motosikal pelbagai model musnah dalam satu kejadian kebakaran di depoh penyimpanan kenderaan milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Mohd Hisam Mamat berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan kebakaran pada jam 12.33 tengah hari.
Punca kebakaran sedang disiasat.