Kami ingin memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi para pengguna berhubung pengumuman mengenai penggunaan Log Masuk Tunggal MyDigital ID di aplikasi MyJPJ bermula 10 Oktober 2024.
Bagi memastikan kelancaran perkhidmatan, keputusan telah dibuat untuk menangguhkan penggunaan Log Masuk Tunggal MyDigital ID untuk MyJPJ buat sementara waktu. Namun begitu, MyDigital ID masih boleh digunakan sebagai salah satu kaedah log masuk bagi memudahkan akses.
MyDigital ID adalah langkah penting dalam meningkatkan keselamatan dan memudahkan akses kepada perkhidmatan digital. Kami menggalakkan semua rakyat untuk mendaftar MyDigital ID demi memastikan perlindungan identiti digital yang lebih selamat.
Terima kasih atas sokongan berterusan anda. Identiti digital adalah hak milik setiap individu. - MyDigitalID