PEMANTAUAN JPJ NEGERI SELANGOR DI TERMINAL KLIA
Stesen Penguatkuasa KLIA JPJ Negeri Selangor telah membuat pemantauan di Terminal 1 & 2 KLIA bagi mengawasi kegiatan ulat teksi dan memastikan pengangkutan awam di KLIA berada dalam keadaan baik.
Adalah dinasihatkan agar semua penumpang menggunakan perkhidmatan teksi, bas dan kereta sewa berlesen. Kaunter khidmat sentiasa bersedia untuk membantu.
Untuk sebarang aduan trafik, orang awam boleh menyalurkan kepada aduantrafik@jpj.gov.my atau platform aplikasi e-aduan@JPJ beserta butiran pengadu dan butiran aduan.