Like this:

Orang bawahan dedah cara kerja 7 dalang scammer

Satu memorandum telah diserahkan kepada Jabatan Penyiasatan Jenayah Komersial, Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkaitan penipuan sebuah syarikat di Indonesia.

Memorandum ini diserahkan oleh Joseph Prakash, Pengasas Pertubuhan Kebajikan Integriti Persahabatan Nasional (PKIPN) dan diiringi oleh sebahagian mangsa penipuan.

Menurut Joseph Prakash beliau berasa kasihan dengan para mangsa penipuan yang tidak dibela sehingga hari ini.Beliau menuntut pihak PDRM menyiasat semua pihak terbabit dan berharap wang mangsa penipuan dapat dikembalikan .

Lebih 100 orang menjadi mangsa penipuan syarikat terbabit dan kerugian dianggarkan melebihi jutaan ringgit.

Modus operandi skim penipuan ini ialah dengan memujuk mangsa melabur sekitar 5000 hingga 30 000 Dollar Amerika dengan dividen 4 dan 6 peratus.

Mangsa mendakwa ditipu selepas menyertai skim pelaburan ini dan berharap pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya bagi menuntut keadilan kepada semua mangsa.

Mereka menuntut 7 dalang ini mengembalikan kembali semula wang para mangsa.

Joseph Prakash, Pengasas Pertubuhan Kebajikan Integriti Persahabatan Nasional (PKIPN) berharap pihak PDRM dapat memberi keadilan yang sewajarnya kepada para mangsa penipuan ini dengan menyiasat kembali pihak yang terlibat dalam penipuan dan semoga wang para mangsa dapat dikembalikan kepada mereka.

7 Dalang Scammer

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading