Like this:

Panggilan Semula Kenderaan (Product Recall)

PEMANGGILAN SEMULA (PRODUCT RECALL) Siri 2/2024.

Dipaparkan rekod aktiviti Pemanggilan Semula yang sedang dilaksanakan oleh 4 pengeluar kenderaan yang melibatkan model kenderaan Mercedes Benz, Chery dan Toyota.

Pelaksanaan aktiviti Pemanggilan Semula bagi model berikut telah dilaksanakan oleh pihak pengeluar kenderaan tersebut sejak dari bulan Mac 2024 dan masih berlangsung sehingga kini.

Bagi mana-mana pemilik kenderaan yang terlibat dalam aktiviti Pemanggilan Semula ini, anda akan dihubungi oleh pihak pengeluar kenderaan anda untuk penetapan tarikh temujanji bagi pemeriksaan kenderaan.

Sila patuhi tarikh temujanji yang telah ditetapkan untuk kemudahan kedua-dua belah pihak. Umum mengetahui isu yang tular baru-baru ini iaitu berkenaan kes kegagalan gandar belakang bagi kenderaan Chery Omoda 5. Bagi kes ini, pihak Chery

Auto Malaysia Sdn Bhd telah segera melaksanakan aktiviti Pemanggilan Semula yang bermula sejak 3 Mei 2024 dan telah memaklumkan kepada pihak JPJ berkenaan aktiviti tersebut.

Sehingga 7 Jun 2024, pihak Chery telah memeriksa sebanyak 592 unit daripada 600 unit kenderaan Chery

Omoda 5 yang terlibat dalam aktiviti ini dengan peratus selesai aktiviti sebanyak 98.67%. Baki pemilik kenderaan telah dihubungi bagi melengkapkan jadual pemeriksaan dan dijangka aktiviti ini akan diselesaikan pada akhir Jun 2024.

Tempoh penyelesaian bagi aktiviti Pemanggilan Semula adalah bergantung sepenuhnya kepada kerjasama yang diberikan oleh pemilik kenderaan. Sebagai pemilik kenderaan, sila pastikan data maklumat anda di pihak JPJ dan mana-mana pihak yang berkaitan adalah yang terkini bagi memudahkan anda dihubungi sekiranya kenderaan anda terlibat dalam mana-mana aktiviti Pemanggilan Semula.

Product Recall 01
Product Recall 02
Product Recall 03

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading