Like this:

Pasaran sekenhen kereta China

Kereta China dan pasaran sekenhen. Kalau di China, dealer used car banyak yang bankrap, sebab kereta baru banyak yang murah mengikut tahap kemampuan.

5k usd pun ada
10k usd pun ada
20k usd pun ada
Semahal 100k usd pun ada

Jadi, buat apa beli sekenhen? Industri bernilai US24 billion runtuh sebab perubahan sikap rakyat China, yang memilih untuk beli kereta baharu ikut kekuatan kewangan berbanding ambil risiko beli kereta sekenhen. Link rujukan kisah ini ada di bawah kalau nak baca.

Akibatnya, runtuh bisnes kereta sekenhen di China.

Adakah situasi yang sama akan ganggu pasaran sekenhen market di Malaysia?

Zaman dulu, kereta sekenhen dan recond memang rancak. Sebab cuma jenama Jepun dan Eropah aja yang wujud. Masalahnya, harga terlalu mahal.

Jadi ramai yang tunggu harganya jatuh. Nak beli harga sekenhen dari commit 200k++

Katakan ada 150k, ada yang sanggup beli kereta recond dari Jepun atau UK. Padahal kereta tersebut usia dah 5 tahun ke atas dan mileage bukannya kita tahu, yerla sebab ada servis reverse odometer.

Tapi, 150k di zaman sekarang, berderet pilihan kereta brand new dari China yang specs jauh mengalahkan kereta Jepun.

150k nak beli recond / sekenhen atau brand new siap warranty kereta China?

Lihat aja data pembelian kereta baharu Singapore pada 2024. BYD no 1 dan Honda corot di bawah.

Jenama macam JaeCoo dah mula jadi goreng pisang panas. Chery Omoda E5 dah macam kereta sci fi merayap atas jalan. Belum masuk XPeng G6 di harga 166k.

Di Thailand, generasi baharu dah hukum jenama Jepun, terus tutup kilang sebab sales teruk. BYD sampai berani bukak kilang sebab jaminan sales yang tinggi.

Zaman saya muda dahulu, kalau ada 50k, beli kereta sekenhen tu perkara normal sebab tak banyak pilihan sangat. Zaman sekarang, dengan 50k, berderet pilihan. Baik beli baru siap jaminan waranti.

Planned Obselency, cuba google term ini 😃

Ianya akan berlaku ke semua jenis kereta, baik murah atau mahal. Kalau nak beli kereta idaman tapi menunggu sekenhen, risiko rosak pula tinggi. Jadi, belilah ikut kemampuan.

Kalau mampu sekitar 50k, brand new P1 dan P2 dah tentu jadi pilihan. Data 2024 tunjuk, P2 aja berjaya jual kereta brand new melebihi 300k buah. Maksudnya, mereka lagi prefer beli brand new dari sekenhen.

Mampu atas 100k? , haa kat sini baru permainan bermula, pilihan kereta China vs Jepun vs Europe, tapi brand Eropah selalunya dah bermula di atas 400k, contohnya BMW 530i, bawah 200k haa baru nampak sengit persaingan China vs Jepun

Pasaran Sekenhen

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading