Like this:

Pelacuran dan E-Hailing

Artikel ini ditulis dengan niat untuk membicarakan satu isu yang sebenarnya agak kronik di mana-mana pun di seluruh dunia. Tidak hanya di Malaysia malah boleh dikatakan dimana ada perkhidmatan e-hailing, mahu tidak mahu pastinya akan ada terpalit dengan industri pelacuran.

Okay, penggiat perkhidmatan e-hailing sememangnya mencari rezeki mereka dengan membawa penumpang dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Mereka pastinya tidak akan bertanya apa tujuan penumpang menggunakan perkhidmatan mereka. Tiada persoalan, tiada pertanyaan.

Tapi apa yang penumpang buat itu mungkin juga akan mempalitkan sedikit (secara terus atau tidak) kepada penggiat e-hailing.

Contoh, Encik A telah melanggan perkhidmatan e-hailing dari Gombak ke Genting Highland. Dia menaiki kenderaan e-haling itu dengan dua orang wanita cantik yang tidak dikenalpasti kewarganegaraannya. Sesampai di Genting Highland, Encik A telah membekalkan dua orang wanita cantik tersebut kepada pelanggannya. Encik A sebenarnya adalah "bapa ayam".

Pemandu kenderaan e-Hailing itu sebenarnya dapat mengagak siapa sebenarnya Encik A walaupun dia tidak bertanya tentangnya. Malah pemandu kenderaan e-Hailing itu telah mendapatkan "job" penghantaran ini secara Auto-Accept sepertimana yang ditetapkan oleh syarikat penyedia aplikasi e-hailing yang digunakan. Pemandu e-hailing itu tidak dapat menolak "job tersebut" kerana ini akan memberikan impak kepadanya dari segi perkhidmatan dan bintang. Jika dia menolak, besar kemungkinan dia akan dikenakan tindakan oleh syarikat penyedia aplikasi e-hailing tersebut.

Jadi, apakah solusinya? Payah kan.

Dan perkhidmatan pelacuran dan bapa/ibu ayam sekarang pun dah moden. Mereka kini menggunakan aplikasi tertentu termasuk Whatsapp, Telegram dan WeChat. Dan ini adalah agak susah untuk di benteras walaupun ramai anggota PDRM terlibat mengendalikan isu jenayah terancang, pelacuran dan dadah.

Adakah ada pilihan buat para pemandu e-hailing dalam isu ini?

Mari kita bincangkan.

Admin SH
www.ehailing.fm

Pelacur

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading