Global Relief Team (GRT) Malaysia, sebuah NGO berdaftar yang beroperasi di No. 23-2, Jalan Wangsa Delima 10, telah melancarkan kempen "Code Red: Menstrual Poverty and Mental Health Awareness" di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah, Kuala Lumpur pada malam tadi.
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai isu kemiskinan haid dan kesihatan mental wanita.
GRT, yang beribu pejabat di Birmingham, United Kingdom, mempunyai 11 cawangan di serata dunia termasuk di Palestin, Syria, Turki, Yaman, Lubnan, Maghribi, Uganda, Malawi, Pakistan, dan Bangladesh. NGO ini dikenali atas usaha membantu golongan memerlukan melalui kerja-kerja amal dan kemanusiaan.
Di Malaysia, GRT bekerjasama dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Pertubuhan Kebajikan Mohd Chan (PKMC) untuk melancarkan inisiatif penting ini.
Majlis pelancaran disempurnakan oleh Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Dato’ Seri Dr. Noraini Ahmad. Turut hadir ialah Dr. Farah Seedat dari University St. George London dan Dr. Fatimah Al Attas dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Lina (GRT): 019-390 4455
Kak Jan (PPIM): 018-396 4544