Like this:

Pelancaran Lagu Segalanya Felda – Apak Khalifah / Ayie Lantana

Petikan ucapan Dato' Sri Ahmad Shabery bin Cheek Pengerusi Felda semasa melancarkan lagu Felda iaitu Segalanya Felda.

11 Julai 2024 terlancarlah lagu Segalanya Felda nyanyian abang Khalifah dan Ayie Lantana.

Lirik lagu Segalanya Felda adalah berasaskan kepada perjuangan para peneroka dan hasil usaha kepimpinan Allahyarham Tun Abdul Razak yang membolehkan Felda mencipta perubahan bagi masyarakat luar bandar kepada sesuatu yang jauh lebih baik yang dapat Kita saksikan hari ini.

Lagu ini dilancarkan sempena dengan sambutan Hari Peneroka Felda yang ke 68, dalam skala yg lebih besar kerana penglibatan pelbagai pihak untuk menjayakan hari peneroka ini.

konsep Segalanya Felda bukan hanya dilihat Dari perspektif sawit atau getah tetapi kehidupan peneroka dan warga Felda yang terus berkembang kepada sekitar 3 juta orang.

Dari aspek lain pula seperti perusahaan, pendidikan, kesihatan dengan penglibatan pelbagai anak syarikat Felda, maka pada kali ini semuanya ditunjukkan secara keseluruhan di Maeps serdang selama 3 hari 2 malam.

Sementara itu saya percaya lagu Segalanya Felda akan berikan 1 semangat dan suntikan baru kepada para peneroka Felda.

Kemeriahan ini ditambah dengan beberapa acara yang bersifat mencungkil bakat baru seperti FEELDA STARZ. Tapisan semasa ujibakat melibatkan 180 peserta di pelbagai kawasan.

Akhirnya pada Hari Peneroka 10 peserta akhir berentap pada hari malam minggu untuk mencari yang terbaik dikalangan yang terbaik.

Selain itu FEELDA STARZ juga membawakan anak-anak Felda yang sudah ternama seperti Mawi, Siti Nor Diana.

Selain itu dua angota Exist merupakan anak peneroka Felda telah berentap dengan kumpulan Ungu pada 14hb yang lalu.

Selesai persembahan mereka kemeriahan diteruskan dengan menyaksikan perlawanan akhir Euro.

Ini menjadikan sambutan Kali ini lebih menarik dari luarbiasa insyaAllah.

Sambutan dibuat sebelum ini adalah secara dalaman dimana wakil peneroka seluruh negara hanya mendengar ucapan, kemudian makan dan balik serta hanya memakan masa selama 2 hingga 3 jam sahaja.

Kali ini, peneroka dapat bertemu rakan-rakan lama dari pelbagai Tanah Rancangan dan pelbagai aktiviti, pelbagai peluang perniagaan dalam membina rangkaian persahabatan dan perniagaan daripada pelbagai sektor.

Bukan hanya antara Felda ke Felda tetapi juag di antara satu rancangan ke satu rancangan. Menarik juga apabila syarikat swasta yg ingin menembusi pasaran Felda dan memberi peluang kepada mereka untuk berkolaborasi.

Terdapat juga syarikat besar yang ingin menjadi rakan strategik kepada program ini dan ini adalah satu pendekatan yang kami pilih untuk menjadikan peneroka sebagai sahabat kepada sesiapa yg ingin bersahabat bersama kami.

Lagu Felda

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading