Sempena 1 Mei atau dipanggil sebagai MayDay pihak Gabungan Ehailing Malaysia GEM bersama dengan beberapa NGO lain telah berhimpun dan berarak dari Menara Maybank hingga ke Dataran Merdeka.
Sementara itu Ketua Aktivisnya En Jose Rizal menuntut kerajaan pimpinan YAB Perdana Menteri memberi layanan lebih adil kepada pemandu ehailing dan penghantar phailing terutama kadar tambang atau upah yang semakin mengecil dari hari ke hari.
Perhimpunan yang dianggarkan mencecah 1000 peserta itu yang melibatkan pelbagai NGO tamat menjelang tengahari.