Ramai pemandu di Malaysia mungkin belum menyedari bahawa mereka mempunyai hak untuk membuat tuntutan sekiranya terlanggar halangan mahupun jika jalan rosak sehingga menyebabkan kecederaan mahupun kerosakan pada kenderaan mereka.
Pengguna boleh mengambil khidmat Peguam kerana Peguam adalah lebih arif dan terlatih dalam klausa dan dokumen yang diperlukan secara teknikal untuk membuat tuntutan tersebut.
Tempoh membuat tuntutan adalah diantara enam bulan hingga lebih setahun bergantung kepada dokumen diperlukan seperti dokumen keputusan siasatan balai polis trafik dan laporan perubatan dari Hospital atau Klinik jika perlu.
Langkah pertama yang perlu diambil oleh pengguna perlu membuat laporan polis terlebih dulu dan memberitahu polis trafik tujuan membuat laporan untuk membuat tuntutan ganti rugi am dan khas di Mahkamah daripada pihak yang bertanggungjawab.
Polis Trafik akan melakukan siasatan di tempat kemalangan, termasuk mengambil gambar kemalangan dan gambar lubang atau halangan di lokasi kejadian, kerana semua ini adalah penting untuk membuat tuntutan terhadap pihak yang bertanggungjawab.
Walaupun begitu, pengguna mungkin tidak layak membuat tuntutan gantirugi jika sekiranya keadaan jalan menunjukkan pihak bertanggungjawab sudah meletakkan tanda amaran seperti simbol amaran mengenai terdapatnya halangan di hadapan. Semuanya bergantung kepada hasil keputusan siasatan dari Polis Trafik.
Admin
www.ehailing.fm