Pemandu teksi dapat caruman percuma Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri PERKESO SKSPS.
Selain pemandu teksi, pemandu bas dan pemandu kereta sewa juga dapat menikmati caruman percuma tersebut.
Menteri Pengangkutan YB Anthony Loke Siew Fook mengumumkannya di Majlis Pelancaran Inisiatif Caruman Percuma di Menara Perkeso Putrajaya pagi tadi.
Sebelum itu majlis tersebut adalah kerjasama dua kementerian iaitu Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Sumber Manusia.
Dalam ucapan alu-aluan pula Menteri Sumber Manusia YB Stevan Chee Keong berkata hanya 14.56% daripada 2.89 juta pekerja sendiri yang mencarum dalam SKSPS.
Bagi tahun 2024 ini YB Stevan berkata Permeso menyasarkan lebih dari 500 pekerja sendiri tampil mencarum dalam SKSPS.