Product Recall dalam sektor automotif di peringkat global merupakan suatu aktiviti yang lazim diadakan oleh pengeluar kenderaan di mana aktiviti tersebut dilaksanakan melalui pemakluman kepada pemilik kenderaan sama ada melalui media cetak atau elektronik berkenaan keterlibatan kenderaan pemilik dalam aktiviti Product Recall.
Sebagai pemilik kenderaan pula hendaklah sentiasa peka dan memberikan kerjasama penuh apabila menerima notis makluman ini dengan menghubungi rangkaian pusat servis atau wakil pengedar yang telah ditetapkan bagi membuat temu janji dan mematuhi jadual giliran yang telah disusun oleh pusat servis tersebut.
Pemilik kenderaan juga tidak perlu risau kerana kos penukaran alat ganti adalah percuma dan ditanggung sepenuhnya oleh pihak pengeluar kenderaan. Pemilik kenderaan hanya perlu meluangkan masa untuk menghantar kenderaan ke pusat servis yang ditetapkan. Alasan kekurangan masa perlu juga diketepikan apabila melibatkan keselamatan pemandu dan penumpang di dalam kenderaan sendiri.
Pihak pengeluar kenderaan telah melaksanakan tugas mereka untuk memaklumkan dan mereka bersedia menanggung sepenuhnya kos penukaran alat ganti, kini terpulang kepada pemilik kenderaan untuk melaksanakan peranan dalam menegakkan hak sebagai pengguna. Jangan jadikan diri anda dan keluarga sebagai mangsa kemalangan jalan raya akibat kecuaian diri sendiri.
#MOTMalaysia#jpj2023#DigitalisasiKebitaraanJPJ#JPJMalaysia#infoJPJ#aduanJPJ#soalanJPJ#viralJPJ#PanduCermatSampaiSelamat