Hebat. Inilah kisah kebijaksanaan pembinaan Jalan Ketapang Pantai di Kuala Terengganu yang bukan sahaja indah dipandang tetapi juga menghormati hak rakyat warga marhen dan penduduk setempat.
Laluan ini adalah satu jalinan jalan baharu yang menghubungkan Bandaraya Kuala Terengganu ke Lapangan Terbang Kuala Terengganu. Ianya dibina bagi memendekkan jarak perjalanan antara dua destinasi ini daripada 30 minit kepada 15 minit.
Ketika ianya mula dirancang sekitar 10 tahun lalu, jalan ini sepatutnya melalui kawasan rumah nelayan di sebelah kiri gambar. Penduduk kampung yang kebanyakannya nelayan miskin berkemungkinan terpaksa berpindah untuk memberikan laluan kepada pembinaan jalanraya ini.
Ini menyusahkan mereka untuk ke sekolah dan juga bekerja di laut
Maka rancangan awal itu dibatalkan oleh Kerajaan. Dengan kerjasama kerajaan negeri Terengganu dan Kerajaan Pusat, maka satu tambakan laut telah dilakukan di sepanjang tebing pantai.
Laluan jalan baru akhirnya dibina dengan kos RM60 juta bermula tahun 2016 di atas tambakan tersebut. Tiada satu pun tanah rakyat yang diambil untuk projek pembangunan ini dan semua penduduk akirnya dapat menikmati peningkatan nilai hartanah dan kemudahan yang bertambah selepas jalan ini siap. Ramai yang mengambil peluang membuka premis perniagaan di sepanjang laluan ini.
Inilah pembangunan manusiawi di Malaysia yang tidak meminggirkan sesiapa yang sepatutnya dicontohi oleh semua Kerajaan Negeri.