Like this:

Penduduk Kemensah bantah projek kondominium
Adun Hulu Kelang YB Dato Seri Azmin Ali menyifatkan projek di tepian jalan Melawati 7 sebagai ada yang tidak kena dan tergesa-gesa. Beliau juga berhasrat membawa perkara tersebut ke sidang DUN pada awal Julai nanti sekiranya MPAJ gagal menjawab beberapa persoalan yang dibangkitkan oleh penduduk di kawasan projek tersebut. Sebelum itu lebih 100 warga penduduk berada di kawasan tapak projek bagi meninjau dengan lebih dekat projek yang diangap misteri oleh penduduk memandangkan tiada apa-apa pemberitahuan berkenaan projek tersebut. Papan tanda makluman hanya dipasang setelah kerja-kerja dimulakan seminggu yang lalu. Manakala zink telah pun dipasang bagi menutup aktiviti di kawasan tersebut daripada tatapan umum. Turut hadir memberi sokongan ialah Dato Nadzim Johan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia PPIM diiringi beberapa orang pegawai kanan PPIM. @top fans

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading