Like this:

Penduduk PPR Wangsa Sari mohon DBKL robohkan kilang haram

Wangsa Maju, warga peniaga dan penduduk PPR Wangsa Sari mendesak supaya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur DBKL untuk merobohkan kilang haram yang wujud di sebelah penempatan mereka.

Hasrat itu disuarakan oleh wakil peniaga dan penduduk Wangsa Sari En Mazlan bin Abdul Latif kepada sekumpulan wartawan serta wakil Persatuan Pengguna Islam Malaysia PPIM (Kak Jan) sebagai kaedah penyelesaian kepada notis arahan pengosongan premis mereka dari DBKL yang diterima seminggu yang lalu.

En Mazlan yang juga Ketua Cawangan UMNO Wangsa Permai sebelum itu menzahirkan kekecewaan warga penduduk amat kecewa dengan perkhidmatan Ahli Parlimen Wangsa Maju yang dianggap gagal memberikan perkhidmatan kepada warga Wangsa Maju terutama di kawasan Wangsa Sari.

Notis merah Pejabat Tanah dan Galian PTG yang dikeluarkan pada 2020 terhadap kilang haram yang didedahkan oleh mereka sepatutnya diselesaikan terlebih dahulu dan selepas itu barulah mereka dipindahkan ke kawasan tapak kilang haram tersebut.

Beberapa peniaga yang ditemubual juga mengatakan bahawa mereka akan hilang pendapatan jika DBKL merobohkan premis mereka yang sudah beroperasi selama lebih kurang 14 tahun sebelum ini.

Menurut mereka lagi sepanjang tempoh tersebut tiada timbul isu termasuk kesesakkan lalu lintas, malahan pemaju kawasan tersebut juga memberikan mereka layanan yang baik sehingga memberikan mereka kawasan meletakkan kenderaan dan jalan pintas hingga ke Jalan Genting Klang.

En Mazlan juga sebelum itu menjelaskan sebahagian premis yang mereka duduki adalah tanah yang disewa dari DBKL dan kawasan yang mereka duduki adalah pertindihan tanah diantara tanah milik persendirian, milik Jabatan Pengairan dan Saliran Wilayah Persekutuan dan milik DBKL sendiri.

Bertemu YAB Perdana Menteri juga kemungkinan akan dilakukan jika isu ini masih tiada jalan penyelesaian serta terus membelenggu mereka.

Terima kasih
RA Ehailing.fm

Desak Dbkl Roboh Kilang Haram 03
Desak Dbkl Roboh Kilang Haram 04
Desak Dbkl Roboh Kilang Haram 02

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading